Tuesday, March 23, 2010

API DALAM SEKAM

Hati ini tidak menyesal yang semua ini bakal berakhir tidak lama lagi - walau apa pun rupa pengakhirannya nanti... sebab dalam hati ini sebenarnya ia sudah lama pun berakhir...

Tapi yang dikesalkan ialah kegagalan dia untuk melihat api dalam sekam yang membakar hidup kami sedikit demi sedikit selama ini... api dalam sekam yang ditanam supaya membakar hubungan kami sedikit demi sedikit... Mereka berjaya mengaburi mata dia kerana keengganan dia sendiri untuk melihat kebenaran...

Walau api itu sudah marak menyala, walau sudah hampir semuanya jadi abu, walau sudah banyak bukti, tapi ketaksubannya tidak berganjak...

Oleh itu maka penyelesaiannya adalah satu... perpisahan... kerana satu hubungan yang dipanggang oleh api marak yg sentiasa membakar sudah pasti akan sentiasa panas...

Walau dari arah manapun aku dilihat oleh dia, aku sentiasa salah, walau dia nampak dengan mata kepala sendiri mereka menyalakan api itu dengan tangan mereka sendiri...

Tidak mengapa, aku redha... balasan Allah bukan di dunia sahaja, malah di akhirat juga.

Orang kata, memaafkan itu ubat jiwa... tapi tidak buat hati ini buat ketika ini maupun selamanya...

No comments:

Post a Comment