Saturday, April 25, 2009

UMNO admits syariah court is not efficient and far from being fair...

but will they do anyhting about it?...

‘Tak sepatutnya berlaku’ - Harian Metro 25 April 2009

KUALA LUMPUR: ”Saya sedih kerana perkara ini (tuntutan fasakh berbelas tahun) sepatutnya tidak berlaku dalam masyarakat kita kini.“Ketegasan dan pertimbangan bijaksana dituntut bagi mengelak lebih ramai isteri menjadi sewel dan gila akibat terpaksa menanti (penyelesaian kes) terlalu lama,” kata Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Shirlin, semalam.Menurutnya, ketegasan dan pertimbangan mahkamah perlu diberikan terhadap sesuatu kes yang membabitkan tuntutan fasakh jika ia benar-benar mempunyai asas kukuh.Beliau berkata, tidak adil jika isteri yang sudah memberikan alasan kukuh dalam permohonan yang dibuat, tidak diberikan perhatian, malah lebih memberi ruang kepada suami.

“Isteri akan mengalami kesan yang lebih teruk jika dibandingkan dengan kesenangan yang bakal dinikmati suami apabila masih boleh berpoligami walaupun perbicaraan masih berjalan,” katanya, semalam.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam, mengenai seorang isteri jelita menjadi gila akibat tidak mampu menahan pelbagai tohmahan dan desakan hidup apabila tuntutan fasakh tidak diselesaikan walaupun berbelas tahun difailkan di mahkamah syariah.

Walaupun wanita berkenaan memiliki rupa paras menarik sehingga menerima banyak lamaran untuk mendirikan tumah tangga, tindakan khianat suami menggunakan ‘kuasa’ dengan menjadikan mahkamah syariah sebagai alat, endera emosi dan kehidupan isteri hingga kehidupan isteri porak peranda dan menjadi sewel.

Nasib isteri itu didedahkan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad, yang mengakui wanita berkenaan menjadi sewel apabila tuntutan fasakhnya masih tidak dapat diselesaikan di mahkamah walaupun berbelas tahun menunggu.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, sudah tiba masanya mahkamah mempertingkatkan kecekapan mereka supaya dihormati dan bukan menjadi bahan tohmahan.

Menurutnya, perubahan perlu dilakukan segera supaya organisasi yang menjadi tempat mengadili kes suami isteri itu benar-benar adil kepada kedua-dua pihak.“Keadaan ini tidak boleh diterima kerana wanita berkenaan boleh membina hidup baru yang lebih baik jika mahkamah cepat membuat keputusan.

“Bagaimanapun, keadaan ini (isteri sewel) sudah berlaku yang menuntut pelbagai pihak mencari jalan bagi menanganinya secara lebih berkesan untuk mengelak lebih ramai isteri menjadi gila dan sewel,” katanya.

Bagi menangani masalah itu, Rosnah berkata, kepemimpinan tertinggi perlu bertindak cepat bagi merubah sistem di mahkamah syariah supaya ia bukan saja adil, tetapi telus terhadap sesuatu kes yang dibicarakan.

-----

I just have one simple question: Will kepimpinan tertinggi feel the need to change the syariah court, when the gender most adversely affected by the unjust syariah court is not well represented in that group of so-called kepimpinan tertinggi?

No comments:

Post a Comment