The following article was published in harian metro today. Why did the journalist choose to write this story from this angle, when he could report the inefficiency or the slow pace or even the unjust Mahkamah Syariah? Have you ever heard of a story of a man having to wait even an hour to divorce his wife in this country? Muslim man that is... There is only one word to describe this... CELAKA!!!
Isteri pendam gelora
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammadahmadshahrul@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa menolak 10 lamaran untuk berumah tangga dalam tempoh tujuh tahun proses permohonan cerai fasakh saya di mahkamah rendah syariah.
“Malah, keinginan berkahwin itu tidak kesampaian apabila kes permohonan cerai yang dibenarkan pada 2007 itu tersekat di mahkamah apabila bekas suami meminta mahkamah lebih tinggi mengkaji semula keputusan itu,” kata ibu tunggal yang mahu dikenali Aisyah, 35, semalam.
Aisyah mengaku mulanya gembira apabila permohonan cerai fasakh terbabit dibenarkan mahkamah selepas menanti lebih tujuh tahun ibarat terlepas beban yang begitu besar.
Kini, menurutnya, dia terpaksa menunggu lagi disebabkan bekas suaminya mengemukakan rayuan terhadap keputusan membenarkan permohonan cerai fasakh terbabit.
Dia yang juga anak seorang ahli perniagaan, berkata pihak mahkamah perlu mempertimbang mempercepatkan proses perceraiannya dengan bekas suami kerana jika kes berkenaan dilewatkan penyelesaiannya, bukan saja mengecewakan dirinya, bahkan keluarga.
“Jangan biarkan saya teraniaya...saya sudah menunggu tujuh tahun dan kini, ditambah dua tahun lagi disebabkan rayuan terbabit.
“Saya sudah tidak tahan lagi ditohmah pihak tertentu walaupun hakikatnya masalah itu boleh diselesaikan secepat mungkin,” katanya yang meminta jangan dia dibiarkan umpama gantung tak bertali.
Aisyah yang mempunyai anak seorang lelaki dan perempuan, berkata dia menghadapi pelbagai tekanan sepanjang menunggu kes permohonan cerai fasakh itu selesai, termasuk peguam tarik diri dan menanggung kos yang tinggi.
Bukan untuk menunjuk, Aisyah berkata, lelaki yang menawarkan diri untuk menyuntingnya kebanyakan di kalangan orang berpendidikan dan bekerjaya baik.
Katanya, semua lamaran terbabit terpaksa ditolak kerana tidak mahu mereka menanti proses permohonan cerai fasakh itu selesai.
“Ada antara menyatakan sanggup membantu menyelesaikan masalah terbabit, tetapi saya tidak bersedia menerima tawaran itu walaupun mereka jujur untuk berbuat demikian,” katanya kepada Harian Metro.
Dia turut mendakwa pernah menulis surat meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan surat cerainya.
Tetapi, menurutnya, Jais menyatakan ia hanya boleh menawarkan peguam berikutan kes permohonan cerai fasakh itu masih di mahkamah.
Aisyah yang juga bekas seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan, berkata tempoh sembilan tahun sebagai ibu tunggal menjadi pengalaman perit terpaksa ditanggung hingga meninggalkan kerjaya diminati bagi memberikan tumpuan kepada anak.
“Saya nak bebas dan tolong lepaskan saya kerana tidak sanggup lagi menanggung siksaan ini. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ibu bapa serta adik beradik memberikan sokongan untuk saya terus berjuang mendapatkan hak di mahkamah walaupun begitu lama masa diambil,” katanya.
Aisyah mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada usia 23 tahun ketika menuntut di universiti pada 1997.
No comments:
Post a Comment