Isteri Mel Gibson fail tuntutan cerai
LOS ANGELES: Selepas 30 tahun berkahwin, isteri kepada pemenang Anugerah Oscar, Mel Gibson semalam menfailkan tuntutan cerai.
Robyn Gibson menyifatkan wujud 'perbezaan' antara beliau dengan suaminya yang berusia 53 tahun itu sejak sekian lama yang tidak mampu dipertahankannya lagi.
Mel Gibson terkenal dengan filem yang membawanya memenangi Anugerah Academy iaitu “Braveheart” dan “Lethal Weapon”.
“Sepanjang perkahwinan, kami cuba sedaya upaya menjadikan ia satu hak peribadi keluarga dan begitu juga perpisahan ini," kata Robyn dipetik dalam Majalah People.
Pasangan itu dikurniakan enam anak sejak berkahwin pada 1980.
Mereka asalnya bertemu di Australia ketika Gibson masih lagi belum dikenali dalam dunia lakonan dan ketika itu, Robyn bertugas sebagai pembantu pergigian.
Ini kerana kekayaan Gibson menjangkau sekitar AS$900 juta, menurut laman web selebriti TMZ.com.
Mengikut undang-undang California, semua harta keluarga dan tabungan perlu dibahagikan dua jika berlaku penceraian pasangan. -
----
I am not a big fan of Mel Gibson. I posted this article because of the last paragraph... why can't Malaysia have the same law? ... Instead... here, once divorce happens, the spouse whose name does not appear on the title of the property, will be, like begging to have her right... And in my case, even though I am an established co-owner of the house that we used to live in together, and I even have proof of paying some RM68K +, it is so damn hard to get back my money....
Again damn him, and damn those people in pejabat agama!!!
No comments:
Post a Comment